Hiking Gunung Semanggol Bersama Komuniti Manong
23 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKomuniti Manong dan Pusat Khidmat Dun Manong serta bersama Pusat Internet Pekan Manong menganjurkan Kembara cerdas cergas menawan Puncak Gunung Semanggol semalam.
Seramai 58 orang peserta yang menyertainya termasuk kanak-kanak. Pengurus dan pembantu pengurus pusat Internet Gunung Semanggol, dan juga Pusat Internet Kubu Gajah turut sama menyertai kembara ini.
Bermula jam 6 pagi, setelah membaca doa, kami memulakan pendakian yang bermula dari masjid Gunung Semanggol. Pelbagai pahit getir dan dugaan yang kami hadapi dan lebih kurang jam 8 pagi kami selamat tiba di puncak yang berketinggian 390 meter bersamaan 1279 kaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: